Saya tefikir untuk menulis entry ini kerana kebanyakan ibubapa yang baru mendapat anak mempunyai kurang pendedahan tentang hal di atas
1. Elakkan memakaikan anak anda dengan pakaian tebal,pakai kan baju nipis,berlubang atau tidak perlu memakai baju,cukup sekadar diapers
2.Mandikan anak anda.
-Jangan takut ,cekalkan hati,mandi kan anak anda,pastikan ubun-ubun nya basah.Terus kan mandi hingga suhu nya turun.Mandikan dengan air sejuk (paip),bukan air suam.Jangan takut jika anak anda menggigil,menggigil adalah respon badan untuk menaikkan suhu badan.(yang telah turun ketika mandi).
Mandi yang sempurna boleh menurunkan suhu dari 40* ke 37* tanpa ubat!
3.Pastikan ada bekalan ubat demam dirumah.Ubat demam perlu diberi mengikut sukatan tertentu(berdasarkan berat badan).Oleh itu sukatan untuk si adik yang berusia 4 bulan tidak sama dengan sukatan untuk abang yang berusia 3tahun
Q: Mengapa perlu mengawal suhu badan dengan betul?
A: Bayi mudah mendapat sawan jika suhu badan telalu tinggi.
Q: Ibu saya kata jika demam ,perlu balut bayi dengan baju yg tebal?
A: Tidak,jika kita pakaikan baju yang tebal,akan menyebabkan suhu badan terperangkap dan meningkat dengan lebih tinggi.
Q: Berapa kerap perlu beri ubat demam?
A: Pada beberapa hari pertama,perlu memberi setiap 6 jam,
Q: Jika anak demam didalam masa 6 jam sebelum dos selanjt nya,apa perlu saya lakukan?
A: Mandikan anak anda!
Ini ada perbualan yang biasa berlaku.Kebanyakan ibubapa dengan anak pertama agak kekok berkenaan dengan cara menjaga anak yang demam.Setiap malam sekurang-kurang nya 10-20 ibu akan datang ke hospital (daerah) dengan masalah yang sama.
Sebarkan.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment